Mengenai Kami – Mat Komputer

Mat Komputer & Mat Gadgetz

Mat Komputer adalah sebuah syarikat bumiputera yang membaikpulih pelbagai jenama komputer riba dan smartphone yang pelbagai model sehinggalah model tersohor iaitu Apple. Mat Komputer beroperasi secara tidak rasminya bermula pada awal jun tahun 2016 di Pengkalan Chepa Kelantan. Namun sebelum itu kami menggunakan nama lain sebagai JV selama 5 tahun lebih bertapak di Bandar Baru Nilai. Namun kami memilih untuk membuka Mat Komputer secara rasminya pada awal januari 2017 yang berpusat di Bandar Baru Nilai.

Kami mempunyai pengalaman dalam membaikpulih komputer riba lebih kurang 7 tahun, Pc lebih dari 10 tahun iaitu zaman windows ME dan windows XP lagi. Manakala pengalaman kami dalam membaikpulih Apple Macbook bermula dari tahun 2008 lagi,namun sewaktu itu sukar untuk mendapatkan alat ganti serta software yang bersesuaian.

Idea untuk membantu mereka yang mempunyai masalah komputer dan macs ini mula tercetus apabila kami  melihat ramai lagi pengguna-pengguna laptop dan macs yang tertipu hidup-hidup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah ada yang sanggup membayar dengan jumlah yang tidak berpatutan. Rupanya masih ramai lagi pengguna laptop dan macs diluar sana yang belum tahu bahawa laptop/macs yang rosak masih boleh dibaiki.Mereka seringkali dimomokkan dengan harga baiki sama macam harga beli baru. Tidak semua komponen yang harganya sama macam beli baru.

Oleh itu, Mat Komputer bertanggungjawab membantu mereka yang mempunyai masalah dengan laptop/macs samaada perisian mahupun komponen yang dihadapi oleh pengguna diluar sana . Satu kesalahan jika Mat Komputer tidak berkongsi kemahiran yang Mat ada. Pengguna Mat Komputer juga boleh mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA dari Mat Komputer tentang tips dan penjagaan Laptop/Macs. Malah apa yang istimewa ialah di Mat Komputer menyediakan khidmat check atau diagnose secara PERCUMA.Tiada bayaran dikenakan walaupun pelanggan tidak mahu baiki.