Cara memastikan jangka hayat bateri bertahan lama

Petua penjagaan bateri

  •  Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya apabila pertama kali anda menggunakannya.
  •  Seterusnya, tanpa “turn on” laptop, cas bateri selama 8 jam. Jika “indicator” di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Peringatan, jangan sesekali ‘on’ laptop pada ketika itu.
  • Selepas mengecas 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan hanya menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Cara ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.
  • Akhir sekali, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah dicas 100%.

 

Sikap yang perlu dielakkan

  •  Elakkan daripada sering mengecas bateri kerana setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas sahaja. Hal ini boleh mengurangkan bilangan pusingan tersebut.
  •  Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas. Kemudian cas semula kerana ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri anda.
  •  Sekiranya merancang untuk tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurangnya 40%-50% kuasa dalam bateri itu. Apabila meninggalkan bateri dengan kuasa yang penuh, nescaya bateri akan perlahan-lahan membengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi. Tiada kehadiran kuasa juga tidak bagus kerana akan mengakibatkan bateri tidak boleh dicas semula.
  • Kepanasan boleh mengurangkan had penyimpanan kuasa bateri. Elakkan daripada meletakkan laptop diatas permukaan yang memerangkap haba seperti di sofa, peha anda, dan selimut.
  •  Elakkan daripada overcharging kerana haba yang terhasil akan mengurangkan kualiti bateri.

 

 

??? Mat Komputer Nilai,

 PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.

 Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai

 ⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU  AHAD-Tutup

?Maps: https://g.co/kgs/AFmXPg

 ☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)

Leave a reply