Cara Mengatasi Blue Screen di Komputer

 

1- Safe Mode

Jika komputer anda mengalami Blue Screen ketika dinyalakan, anda boleh masuk ke Safe Mode. Pada Safe Mode, Windows hanya akan menggunakan driver-driver yang penting. Jika anda salah menginstall driver yang menyebabkan Blue Screen, dengan Safe Mode anda akan dapat menguninstallnya.

2- System Restore

Jika Blue Screen baru sahaja terjadi pada komputer anda, maka sebaiknya anda menggunakan System Restore untuk mengatasinya. Ianya akan membuatkan komputer anda kembali ke keadaan sebelumnya. Kalau system restore ini berhasil maka kemungkinan Blue Screen terjadi kerana masalah pada software.

3- Scan Malware

Jika terdapat banyak virus pada windows, pastinya akan menyebabkan system windows tidak stabil. Maka caranya adalah dengan scan malware pada windows.

4- Install kembali Windows

Ini adalah pilihan terakhir yang boleh kamu lakukan adalah dengan menginstall semula komputer anda. Dengan cara ini, sistem akan terbangun dari awal semula dan tidak akan terdapat sebarang masalah. Jika komputer anda masih mengalami Blue Screen itu bermakna terdapat masalah pada hardware anda.

 

??? Mat Komputer Nilai,

PT12896 JLN BBN 1/7F BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI NEGERI SEMBILAN.
Landmark: Masjid Bandar Baru Nilai/Dataran Nilai
⏰Waktu Operasi: 10am-9pm ISNIN-SABTU AHAD-Tutup
?Maps: https://g.co/kgs/AFmXPg
☎️Hotline: 018-3204539 (Mat) 014-8212022 (Fendy) 010-2028494 (kedai)
?Whatsapp Kami: http://matkomputergadget.wasap.my atau
http://matcomputergadget.wasap.my

Leave a reply