3 Tips Untuk Beli Pendrive

1- Tujuan pembelian

Apa tujuan anda membeli pendrive? Sekiranya anda mahu menyimpan video HD, anda mungkin memerlukan pendrive bersaiz 16 GB atau 32 GB. Sekiranya anda hanya mengunakan untuk kegunaan biasa (simpan word,pdf) 8 GB atau 4 GB sudah memadai.

Anda mungkin mahu membeli 2 pendrive 8GB berbanding 1 pendrive 16 GB di mana satu pendrive digunakan untuk format manakala satu lagi untuk menyimpan data. Bergantung pada tujuan anda.

2- Kelajuan

Tidak semua pendrive mempunyai kelajuan yang sama. Sekarang sudah ada USB 2.0 dan 3.0 di mana USB 3.0 mempunyai kelajuan melebihi 60MB/s dan ianya boleh dimasukkan di slot USB 2.0 tanpa mencari slot khas. Dengan sedikit pelaburan, anda boleh memindah files atau folder dengan cepat

3- Keselamatan

Kebiasaan pendrive menghadapi persekitaran yang lasak, seperti di dalam poket bersama barang lain, tercampak atau terpijak. Pendrive yang mempunyai penutup atau Cap besi lebih tahan daripada plastik atau tiada. Sesetengah pendrive mempunyai program auto-backup atau lock untuk keselamatan data anda. Namun adalah diingatkan bahawa data di pendrive tidak kekal kerana ianya boleh hilang dengan sekelip mata. Membuat data backup di drive lain atau di cloud (internet) amatlah disarankan.

Leave a reply